Rooney pesan buat yang terbaik

0
191
Advertisement



BEKAS kapten England, Wayne Rooney mempunyai pesanan kepada skuad The Three Lions menjelang separuh akhir Piala Dunia menentang Croatia di Moscow, Russia awal pagi esok, waktu Malaysia.

Rooney kini di penghujung karier bersama kelab DC United di Major League Soccer, berkata: “Sudah pasti sebagai bekas pemain dan kapten England, ia adalah saat yang penting kepada negara.

“Anak sulung saya penyokong utama England. Jadi ia adalah saat yang hebat untuk bola sepak Inggeris, menjadi rakyat dan penyokong,” kata Rooney.

“Saya ada melihat video dan suasananya kelihatan hebat. Saya pasti jika kami mampu melangkah esok (awal pagi esok waktu Malaysia), ia pasti lebih hebat dalam tempoh empat atau lima hari selepas itu.”

“Bagi pemain dan Gareth Southgate , saya ucapkan selamat berjaya. Mereka membuatkan kami bangga dan berharap mereka mampu mara ke final.

Saya mengharapkannya. Kami berharap dan percaya dengan sedikit tuan, ia akan menjadi realiti,” katanya.

Rooney, penjaring terbanyak England sepanjang zaman, tampil buat kali terakhir untuk negaranya pada November 2016.

Sejak itu, England berubah di bawah kendalian Southgate dan pemain berusia 32 tahun itu berharap persembahan mereka akan berterusan di Russia.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here