Rosyam Nor perluas jenama diri sendiri menerusi bisnes pasaraya

0
174
Advertisement
AKTOR popular, Datuk Rosyam Nor membuktikan dirinya fokus pada bisnes apabila kini berbangga dengan pembukaan pasaraya jenamanya sendiri.
 
Pencapaian pelakon berusia 51 tahun mencipta sejarah kerana beliau adalah satu-satunya artis tempatan yang mempunyai bisnes pasaraya jenamanya sendiri.
 
Rosyam sebelum ini pernah menceburi bidang pertanian menerusi projek tanaman nangka madu J33 dan durian belanda.


 
Beliau yang masih aktif dalam penerbitan drama di bawah produksi miliknya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd pernah berdepan kegagalan dalam bidang pertanian ketika mula berkecimpung pada penghujung tahun 2009.
 
Rosyam memberitahu peminatnya menerusi akaun Instagramnya, pasaraya barunya dikenali sebagai ST Rosyam Mart yang terletak di Setiawangsa, Kuala Lumpur kini beroperasi selama 24 jam.


 
Menariknya, mulai 1 Jun beliau juga menawarkan harga borong pada pengunjung yang datang membeli belah.
 
Ujarnya, pelancaran pasaraya berkenaan akan dilakukan selepas Aidilfitri nanti.
 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here