Rowan Atkinson buat onar lagi

0
35
Advertisement

SELURUH dunia mengenali Rowan Atkinson sebagai Mr Bean, watak yang tak banyak cakap tapi gelagatnya menggeletek jiwa.

Selain Mr Bean, Atkinson juga hebat menumpaskan musuh Britain dengan gayanya tersendiri sebagai perisik menerusi filem Johnny English.

Kerana sambutan hangat filem komedi aksi itu, Atkinson kembali sebagai perisik British yang cemerkap dalam francais ketiganya Johnny English Strikes Again.

Filem satira terbitan Universal Pictures ini mengisahkan English yang dipanggil kembali daripada persaraannya dengan misi mencari dalang di sebalik penggodaman sistem keselamatan Britain.

Selain Atkinson filem arahan David Kerr ini turut menampilkan Ben Miller, Olga Kurylenko dan Emma Thompson.

Johnny English Strikes Again dijadual ditayangkan bermula 20 September depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here