Rowe dapat pujian Emery

0
273
Advertisement



UNAI Emery memuji persembahan pemain muda Arsenal, Emile Smith Rowe yang menghasilkan gol menarik ketika bertemu Atletico Madrid dalam aksi pra-musim di sini, hari ini.

Bagaimanapun, gol berkenaan tidak dapat menyelamatkan Gunners daripada tewas 1-3 menerusi penentuan penalti dalam pertemuan sulung daripada dua perlawanan pra-musim di Stadium Nasional itu.

Ketinggalan menerusi jaringan penyerang Atletico, Luciano Vietto, Smith Rowe yang berusia 17 tahun kembali menyamakan kedudukan apabila bijak melepasi hadangan dua pemain lawan sebelum melepaskan rembatan padu ke penjuru gol dikawal Antonio Adan.

Amery yang gembira dengan prestasinya berkata: “Dia sudah menunjukkan kematangan di akademi dan kami perlu memberi peluang kepada pemain muda untuk beraksi pada perlawanan seperti ini.

“Mungkin dengan cara ini perlahan-lahan pemain muda akan mula mengukuhkan tempat pada sesi latihan untuk terus bersama kami.

“Untuk itu, saya gembira dengan persembahannya hari ini, bukan saja hari ini tetapi setiap hari.

“Dia diturunkan hari ini kerana persembahan jitunya dalam sesi latihan. Inilah detik untuk pemain muda menonjolkan kualiti seperti apa yang dilakukan Emile.

“Mengambil kira sejarah Arsenal, ia menjadi satu keperluan untuk kami untuk bekerja bersama pemain muda dan memberikan peluang kepada mereka menonjolkan kualiti.

“Semua pemain beraksi baik hari ini dan gol ini amat bagus untuk tingkatkan keyakinannya dan juga pasukan,” kata pengendali dari Sepanyol itu. 

Lawan Arsenal berikutnya dalam kempen Piala Juara-Juara Antarabangsa itu adalah bekas kelab kendalian Emery, Paris Saint-Germain, Sabtu ini. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here