Rugi besar takut rambut kontot

0
233
Advertisement



“MEMANDANGKAN saya sudah membaca skrip Leftenan Zana, rugi besar buat pelakon wanita yang menolak tawaran,” kata Janna Nick.

Dia mengulas mengenai luahan penerbit dan pelakon Sheila Rusly selepas beberapa pelakon popular menolak tawaran hanya kerana enggan memotong rambut.

Jelas Janna andai diberi pilihan dia mahu menjayakan watak ditawarkan itu.

“Pada saya watak ditawarkan Sheila menarik. Apapun ia pilihan masing-masing dan mungkin ada sebab mengapa mereka tidak berani memotong rambut,” katanya.

Semalam, Sheila Rusly meluah rasa kecewanya apabila kebanyakan pelakon popular menolak tawaran membintangi drama bersiri yang akan ditayangkan di TV3 itu.

Alasan mereka, tidak mahu memotong rambut.

Sebagai penggiat berpengalaman Sheila mempersoalkan pembabitan mereka dalam dunia lakonan sama ada mahu berkarya atau hanya mahu mencari populariti semata-mata.

Watak itu dijayakan Tengku Anis.

Bercerita mengenai pengorbanan Janna memotong pendek rambutnya bagi menjayakan watak Leftenan Zana, kata pelakon popular itu dia tidak melihat apa dilakukan itu pengorbanan.

“Pada saya, ini peluang mungkin datang sekali seumur hidup. Benar, saya memang sepatutnya menyimpan panjang rambut kerana selepas Leftenan Zana, saya akan menjayakan drama Bukan Cinta Aku.

“Watak drama Bukan Cinta Aku memerlukan heroin berambut panjang. Tapi sebagai pelakon saya akan memenuhi kehendak pengarah, naskah dan watak,” katanya.

Kata Janna lagi peluang bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Darat adalah peluang berprestij.

Secara peribadi dia sudah lama mengimpikan watak luar skop kebiasaan.

“Saya yakin dengan kerjasama antara JS Pictures dan Kementerian Pertahanan. Leftenan Zana akan menjadi karya berkualiti dan tidak pernah dilakukan mana-mana produksi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here