Rumah Bruce Willis di Central Park terjual dengan harga RM69 juta

0
48
Advertisement

HANYA beberapa bulan sahaja di pasaran, apartmen mewah pelakon Hollywood Bruce Willis dan isterinya Emma berjaya terjual dengan harga AS$7.75 juta (RM69 juta).

Apartmen yang terletak di Upper West Side di bandar New York itu mempunyai keluasan 6,000 kaki persegi.

Harga yang dijual juga merupakan AS$755,000 lebih tinggi dari harga yang dibeli pelakon Die Hard itu sekitar tahun 2015.

Pemilik baru yang bertuah itu nanti bakal memiliki pemandangan meliputi 150 kaki dari Central Park, serta ruang makan formal dan perpustakaan peribadi.

Rumah yang mempunyai enam bilik tidur dan empat bilik air itu dihiasi dengan warna palet neutral dan dapur mewah berbatu granit.

Bruce dan Emma membeli apartmen itu daripada pemilik Milwaukee Bucks NBA, Wesley Edens pada tahun 2015.

Ejen harta tanah Ann Cutbill Lenane juga mengesahkan pasangan itu menjual kerana mereka tidak menghabiskan cukup masa di sana.

Bruce, 63, dan model Emma, 35 berkahwin pada tahun 2009 dan mempunyai dua anak perempuan Evelyn, 3, dan Mabel, 6.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here