Rumah Sonam RM20 juta

0
503
Advertisement



Sejak mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Anand Ahuja pada 8 Mei lalu, pelakon jelita Sonam Kapoor menjadi perhatian umum malah majlis perkahwinannya menjadi trending di media sosial.

Selepas dua bulan bergelar isteri, Sonam dikatakan bakal berpindah ke rumah barunya di Mumbai, India tidak lama lagi. Rumah agam yang dibeli pada 2015 itu dikatakan bernilai lebih RM20 juta.

“Sonam sudah lama melabur untuk rumah ini. Dia bercadang untuk menjadikan rumah ini sebagai kediaman keluarganya.

“Malah ketika percutiannya di London baru-baru ini, dia dilihat membeli beberapa koleksi artifak untuk menghias rumahnya,” kata sumber.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Julai 2018 @ 1:28 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here