Rupa Wolverine audio bergema

0
18
Advertisement



Modifikasi kit badan dan sistem audio dipersembahkan dengan gaya tersendiri menjadikan Proton Wira sedan milik GK Veera, 34, dari Bandar Putra, Klang, Selangor, sentiasa menarik perhatian umum.

Tidak hairanlah dengan rupa tampak ganas dan tema watak adiwira Wolverine bersama sistem audio terkini, pemiliknya berjaya mengumpul lebih 56 trofi kejuaraan sepanjang menyertai autoshow.

Jentera keluaran 2003 bersesaran 1.5L amat memukau khususnya ruang dalaman yang sarat dengan butang kawalan selain menempatkan sistem audio termasuk 10 Woofer dan 30 skrin.

ENJIN asal besesaran 1,500cc.

Papan pemuka turut menerima perumah khas daripada gentian kaca bagi menempatkan monitor dan meter pelbagai fungsi.

Selain itu, jentera itu menggunakan kerusi bucket SSCUS dengan balutan material khas tema warna hijau/putih yang cukup menawan.

RUANG pemanduan kemas dan unik.

Sudut luaran jentera tidak kurang hebatnya apabila kit badan binaan khas digunakan termasuk padanan spoiler belakang.

Rupa jentera lebih gah dengan rim Vossen 17 inci dan balutan tayar tertera perkataan ‘Wolverine’.

KIT badan binaan khas.

Bagi menampakkan kegarangan, pelekat badan bertema watak Wolverine memenuhi setiap sudut.

Biarpun tampak garang, namun jentera ini masih dijana enjin asal dengan kemasan cat hijau.

Menurut pemilik, sepanjang memenangi 56 trofi kejuaraan, sebanyak 33 daripadanya adalah tempat pertama dalam pelbagai kategori dipertandingkan.

SISTEM audio kereta padat.

INFO
• 10 Woofer bersama 30 skrin

• Kit badan binaan khas

• Papan pemuka gentian kaca

• Kerusi bucket SSCUS

• Rim Vossen 17 inci dan balutan tayar ‘Wolverine’

• Pelekat adiwira Wolverine seluruh badan kereta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here