Rusia dalang sebenar serangan senjata kimia di Syria – AS

0
26
Advertisement

WARSAW: Amerika Syarikat (AS) menegaskan Rusia adalah negara yang perlu dipersalahkan dalam insiden serangan senjata kimia di Syria.

Malah Washington mahu Moscow bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jenayah itu.

Setiausaha Negara AS Rex Tillerson pada hari Ahad berkata Washington akan tetap dengan pendirian bahawa Moscow yang bersalah dalam hal itu.

Rusia katanya telah menjadi dalang utama menghasut Syria menggunakan senjata berbahaya itu pada 21 Ogos 2013.

Dalam kejadian di Ghouta itu, dianggarkan sekurang-kurangnya 1,729 orang awam terbunuh.

“Ini adalah penyebaran bahan kimia yang tidak boleh diterima.

“Ia jelas melanggar Konvensyen Senjata Kimia (CWC) yang turut ditandatangani Rusia dan sekarang Rusia perlu dipertanggungjawabkan dalam hal itu.

Ini merupakan tuduhan kali kedua yang dibuat AS selepas kali pertama pada Selasa lalu di Paris.

Pertemuan yang diadakan di Paris itu adalah bagi mengenal pasti tindakan sekatan dan tuduhan jenayah yang perlu diambil ke atas dalang serangan senjata kimia terbabit.

Hasil pertemuan itu merumuskan Rusia adalah negara yang perlu dipersalahkan.

Sementara itu dalam reaksi balasnya, Moscow menolak sekeras-kerasnya dakwaan terbabit dan menyifatkan tuduhan Washington itu sengaja dilakukan bagi mengheret Rusia ke dalam jenayah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here