Rusia tuduh Amerika Syarikat dalang pertempuran terbaharu di Syria

0
153
Advertisement

DAMSYIK: Rusia mengutuk pertempuran terbaharu di Syria sehingga mengorbankan lebih 100 anggota tentera pro-Syria yang didakwa didalangi pakatan Amerika Syarikat (AS) dan Tentera Demokratik Syria (SDF).

Serangan pada masa sama didakwa tidak mengikut norma undang-undang malah menyifatkan ia sebagai satu pencerobohan.

Sumber ketenteraan AS bagaimanapun mendakwa pertempuran di wilayah Deir al-Zor itu berlaku selepas kira-kira 500 anggota tentera pro-Syria dilengkapi kereta kebal, bom mortar dan sistem pelancar roket menyerang markas utama Tentera SDF.

Pertempuran turut menyaksikan seorang anggota SDF cedera namun tidak membabitkan anggota tentera AS.

Terdahulu agensi berita, Al-Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 180 orang awam terbunuh dalam serangan udara dilancarkan tentera Syria serta Rusia di wilayah Ghouta Timur dan Idlib dalam tempoh 48 jam.

Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR) menyifatkan serangan terbaharu sebagai paling buruk di negara itu sejak serangan kimia pada April.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula melaporkan hampir 12 peratus kanak-kanak berusia bawah lima tahun di Ghouta Timur menderita kekurangan zat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here