Russia bantah sekatan PBB ke atas Pyongyang

0
42


NEW YORK: Russia menyekat kenyataan Majlis Keselamatan yang menggesa ‘langkah penting’ dalam reaksi kepada ujian terbaru peluru berpandu balistik antara benua oleh Korea Utara, menyatakan ia adalah jarak sederhana.

Amerika Syarikat mengedarkan kenyataan untuk diterima 15 negara anggota majlis itu selepas mengumumkan rancangan resolusi sekatan baharu, tetapi Russia menyatakan bantahan, kata diplomat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Rangka kenyataan mengimbas semula majlis itu bersetuju mengambil ‘tindakan penting selanjutnya’ jika satu lagi ujian nuklear atau pelancaran peluru berpandu dan agensi tertinggi badan dunia itu akan ‘memulakan usaha segera mengenai langkah sedemikian.’

Russia menentang rujukan kenyataan terhadap peluru berpandu antara benua yang dilancarkan Korea Utara, kata diplomat.

Misi Russia ke PBB menegaskan ia tidak menyekat kenyataan itu tetapi mencadangkan AS ‘membuat pindaan sesuai terhadapnya’.

“Delegasi Russia tidak bersetuju dengan definisi pelancaran itu sebagai ujian peluru berpandu balistik antara benua,” kata misi, menambah Kementerian Luar Kremlin itu percaya, berdasarkan sistem pengesannya, peluru berpandu itu berjarak sederhana.

AS enggan menggugurkan rujukan kepada peluru berpandu antara benua dan rundingan mengenai teks yang dicadangkan sudah berakhir, kata diplomat.

Kenyataan Majlis Keselamatan perlu dipersetujui sebulat suara. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here