Russia, Curaco gantung import lembu Colombia

0
6


Russia dan Curacao dua pengimport terbesar daging lembu ke Colombia. – Gambar hiasan

BOGOTA: Russia dan Curacao dua pengimport terbesar daging lembu ke Colombia menggantung penghantaran produk haiwan itu dari wilayah Andean susulan penularan wabak kuku dan mulut.

Ketua Persatuan Penternakan Lembu Utara Colombia, Jose De Silvestri, berkata kapal membawa daging lembu ke Russia terpaksa berpatah balik sebaik sahaja pihak berkuasa mengetahui berlaku wabak itu di Colombia.

Pegawai Institut Pertanian dan Penternakan Colombia (ICA) berkata, eksport daging lembu ke Chile dan Peru turut digantung.

ICA berkata, daging yang disahkan sebelum 5 Julai saja akan diterima.

Difahamkan, wabak itu kali pertama berlaku 2009 dan ia dikesan di lapan kawasan di Yacopi, iaitu wilayah tengah Cundinamarca.

Berikutan itu, semua ternakan dikuarantin untuk mengelak wabak itu daripada merebak ke 13 kawasan bersempadan dengan kawasan koridor penternakan lembu terbabit.

Bulan lalu, wabak itu turut dikesan di ladang wilayah utara Arauca, berdekatan sempadan Venezuela.

Wabak itu berjaya dikawal selepas sembilan ekor haiwan yang dijangkiti dimusnahkan. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here