Russia hantar tentera awasi 'zon selamat' Syria

0
19


ALEXANDER Lavrentyev. – Foto REUTERS

ASTANA: Russia akan menghantar tenteranya bagi mengawasi sempadan ‘zon selamat’ konflik di Syria dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi selepas memuktamadkan perjanjian dengan Turki dan Iran.

Perunding Russia, Alexander Lavrentyev berkata semalam, Moscow berharap untuk menandatangani dokumen akhir dengan Ankara dan Tehran hari ini selepas mengadakan beberapa pertemuan di ibu kota Kazakhstan di sini.

Russia dan Iran, yang menyokong kerajaan Presiden Bashar Assad serta Turki, yang menyokong sesetengah pemberontak, bersetuju dari segi prinsip mewujudkan empat ‘zon selamat’ di Syria dalam pusingan rundingan sebelumnya Mei lalu namun menangguhkan pada Jun, tarikh mereka sepatutnya membincangkan butiran terbabit.

Sejak perjanjian Mei diumumkan, kubu kuat dipegang pemberontak di wilayah Idlib di barat laut Syria tenang tanpa pertempuran.

Namun pertempuran berterusan di kawasan lain di barat Syria, termasuk Timur Ghouta di Damsyik dan bandar barat daya di Deraa, di mana tentera rejim dan sekutunya cuba menghapuskan saki baki pemberontakan.

Lavrentyev memberitahu media, Moscow dan rakannya masih membincangkan butiran lanjut dan syarat lain berkaitan Idlib dan zon selatan, sementara sempadan dua lagi zon di wilayah Homs dan berhampiran Damsyik, sudah dipersetujui.

“Secara keseluruhan, perjanjian itu bersetuju kehadiran tentera Russia untuk mengawasi zon penampan, namun sekali lagi perkara ini belum dipersetujui sepenuhnya.

“Bergantung bila dokumen berkaitan zon selamat ditandatangani, saya fikir, langkah konkrit penghantaran tentera boleh dibuat dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi, ” katanya.

Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here