RUU hukuman mati baharu Israel sasar rakyat Palestin

0
39
Advertisement

SELEPAS gembira dengan keputusan rakan sekutunya Amerika Syarikat yang memutuskan Baitulmaqdis sebagai ibu negara, Kerajaan Israel kini melangkah ke hadapan mengenai pindaan rang undang-undang (RUU) berkaitan hukuman mati.

Cadangan Kerajaan Israel itu kononnya mahu memudahkan para hakim menjatuhkan hukuman mati kepada ‘aktiviti keganasan’ menerima kritikan daripada ahli politik Palestin.

Kritikan ahli politik dan kumpulan hak asasi manusia itu adalah kerana bimbang pindaan tersebut memberi peluang secara sah kepada Israel untuk menyasarkan rakyat Palestin.

Pindaan RUU ke atas undang-undang sedia ada hukuman mati telah diluluskan pada bacaan kali pertama di Parlimen Israel, Knesset pada Rabu selain mendapat sokongan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Salah seorang ahli Knesset yang juga rakyat Palestin dari Israel, Aida Touma-Suleiman berkata, walaupun RUU itu tidak merujuk kepada mana-mana kumpulan, tetapi tindakan pindaan itu dilihat untuk digunakan ke atas rakyat Palestin.

“Sudah pasti apa yang akan dilaksanakan itu tidak diguna pakai ke atas pengganas Yahudi yang menyerang rakyat Palestin sebaliknya dibuat untuk masyarakat Palestin,” katanya dipetik Al Jazeera di sini pada Sabtu.

Di bawah undang-undang sedia ada, mahkamah awam menggunakan penggunaan hukuman mati untuk Nazi dan rakan kerjasama Nazi yang dihukum kerana melakukan pembunuhan semasa Holocaust, manakala mahkamah tentera boleh menjatuhkan hukuman jika panel tiga hakim sebulat suara bersetuju untuk menjatuhkan hukuman.

Cadangan pada RUU itu akan menambah fasal tambahan kepada undang-undang penalti Israel, yang membenarkan hukuman mati digunakan terhadap mereka yang disabitkan dengan ‘kegiatan pengganas’, yang ditakrifkan oleh RUU tersebut sebagai ‘tindakan sengaja membunuh orang awam untuk mencapai matlamat politik, nasional, keagamaan atau ideologi’.

Ia akan menghapuskan keputusan sebulat suara mahkamah tentera untuk menjatuhkan hukuman mati dengan hanya memerlukan majoriti mudah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here