Saad al-Hariri kembali ke Lubnan

0
19
Saad al-Hariri kembali ke Lubnan

Sepanduk besar dengan wajah Saad al-Hariri kelihatan didirikan di selatan bandaraya Sidon, Lubnan, 18 Nov, 2017. – REUTERS / Fail

PERDANA Menteri Lubnan, Saad al-Hariri, kembali ke Beirut pada Selasa selepas lebih dua minggu meletak jawatan secara mengejut.

Beliau yang mengumumkan peletakan jawatan menerusi televisyen 4 Nov lalu pulang ke negara itu bagi menjelaskan kedudukannya dan menyambut Hari Kemerdekaan negara itu yang ke-47.

Pesawatnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut sejurus sebelum tengah malam.

Beliau dijangka bertemu Presiden Michel Aoun, yang menolak peletakan jawatan itu sehingga al-Hariri menyerahkan surat itu sendiri.

Selepas membuat pengumuman peletakan jawatan dari Arab Saudi, al-Hariri dilaporkan mengadakan lawatan singkat ke Abu Dhabi, Perancis dan Mesir.

TONTON: Saad Hariri sahkan akan kembali ke Lubnan

TONTON: Ketibaan Hariri di Paris bukti Arab Saudi tidak bersalah

Peletakan jawatan al-Hariri mengejutkan banyak pihak, namun tindakannya tinggal di Arab Saudi menimbulkan tanda tanya.

Ia turut mencetuskan khabar angin beliau dijadikan tebusan di negara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here