Sabah Electricity jamin tiada pengurangan pekerja

0
16
Advertisement

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini memberi jaminan tidak akan melakukan pengurangan pekerja.

Pengarah Urusannya, Abd Razrak Salim berkata SESB akan terus beroperasi seperti biasa dengan kekuatan tenaga kerja sedia ada.

SESB juga akan memastikan inisiatif untuk meningkatkan kecekapan dalaman dapat terus dilaksanakan, katanya pada perhimpunan awal tahun SESB di sini.

Sehubungan  itu, beliau menggesa warga kerja syarikat tersebut terus fokus kepada tugas harian untuk memastikan bekalan elektrik yang berterusan di negeri ini.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja  SESB Azhar MY Ahmad dan Yang Dipertua Kesatuan Jurutera-jurutera  SESB  Terrence Kouju masing-masing turut menggesa anggota persatuan agar terus memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada pengurusan SESB untuk  memastikan operasi dan perkhidmatan bekalan elektrik yang berterusan di Sabah dan Labuan.

Sebelum ini, media melaporkan SESB disaran mengurangkan pekerja sebagai langkah menangani masalah kewangan syarikat. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here