Sah! Myanmar amalkan Aparteid terhadap Rohingya

0
20

KUALA LUMPUR: Laporan badan hak asasi Amnesty International (AI) mendedahkan, rejim Myanmar sah melakukan diskriminasi ke atas etnik Rohingya.

Tahap diskriminasi yang dilakukan itu boleh dianggap satu bentuk Aparteid, mirip yang berlaku di Afrika Selatan sebelum ini.

Menurut laporan itu, rejim di Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai sekali gus memaksa etnik minoriti malang itu melarikan diri secara berduyun-duyun ke Bangladesh.

“Walaupun pelanggaran itu berlaku sejak beberapa dekad, terutamanya sejak lima tahun lalu, Rakhine menjadi penjara terbuka bagi kaum minoriti Islam secara amnya, dan khususnya untuk Rohingya.

“Sistem ini pada dasarnya nampak dirancang secara sistematik untuk menjadikan kehidupan mereka sebagai memalukan dan tiada harapan lagi,’’ kata Pengarah Kanan Kajian Amnesty International, Anna Neistat semasa membentangkan laporan itu pada satu sidang media di Bangkok.

Antara lain, kajian AI itu yang mengambil masa selama dua tahun, membabitkan kaedah temu bual dan bukti bagi memperincikan bagaimana kehidupan warga Rohingya di Myanmar.

Dapatan kajian itu membuka persoalan mengenai bentuk keganasan yang akan dihadapi Rohingya jika mereka dibenarkan pulang ke Myanmar.

Pemimpin dunia menegaskan, keganasan yang berlaku di Rakhine perlu dihentikan segera dan pelbagai pihak wajar pastikan pelarian pulang ke kediaman mereka dengan selamat.

Sejak akhir Ogos lalu, lebih 620,000 etnik Rohingya lari meninggalkan Rakhine dan berhijrah ke Bangladesh untuk kehidupan lebih baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here