Saham MCE Holdings naik selepas peroleh kontrak Proton

0
329
Advertisement

KUALA LUMPUR: Harga saham MCE Holdings Bhd di Bursa Malaysia naik pagi ini, beberapa jam selepas syarikat itu mengumumkan ia memperoleh kontrak baharu kedua daripada Proton Holdings Bhd.

Pada 9.39 pagi, saham itu meningkat 2.5 sen kepada 70 sen dengan 3,900 saham bertukar tangan.

MCE Holdings berkata kontrak sembilan tahun itu untuk membekalkan pelbagai komponen dan bahagian-bahagian elektronik dan mechatronic bagi model baharu Proton akan menjana hasil sebanyak RM105 juta bagi kumpulan itu dalam tempoh sembilan tahun.

Anggaran RM800,000 dijangka dilaburkan dalam projek itu dan ia dijangka bermula pada suku keempat tahun kewangan yang berakhir 31 Julai, 2018. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here