Salah cetak bendera: Tidak usah dibesar-besarkan – Jokowi

0
50

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo meminta kepada rakyatnya supaya tidak memperbesarkan isu kesalahan cetak bendera republik itu pada Buku Cenderamata Khas Kuala Lumpur 2017.

Beliau cuma mahu permohonan maaf dilakukan secara rasmi oleh penganjur Sukan SEA KL2017 atau kerajaan Malaysia, lapor portal Indonesia KiniNEWS.

“Kita sangat menyesalkan kejadian itu. Tapi tidak usah dibesar-besarkan.

“Kita menunggu permintaaan maaf dari Kerajaan Malaysia berkenaan perkara ini kerana ini berkait sebuah kebanggaan nasionalisme dari bangsa Indonesia,” katanya selepas penyerahan sijil hak atas tanah, di sini, hari ini.

BACA: Kes bendera Indonesia terbalik bukan disengajakan – TPM

BACA: Sukan SEA: MASOC minta maaf kesilapan di buku cenderamata

BACA: Polis siasat punca bendera Indonesia dicetak terbalik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here