Salah dah mula berlatih, tapi…

0
138
Advertisement



PENYERANG sensasi Mesir, Mohamed Salah belum pasti dapat diturunkan menentang Uruguay dalam perlawanan pertama Piala Dunia 2018 di Yekaterinburg, Jumaat ini, lapor Persatuan Bolasepak Mesir hari ini.

Pemain Liverpool yang cedera di bahu ketika final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid bulan lalu sempat menjalani latihan ringan bersama pasukan di sini.

Namun, Pengarah skuad Mesir, Ehab Lehita berkata masih terlalu awal untuk pihaknya mengesahkan sama ada Salah akan diturunkan menentang Uruguay.

“Dia sedang beransur pulih. Bagaimanapun hari ini saya tidak dapat mengesahkan sama ada dia akan beraksi pada perlawanan pertama itu.

“Apa yang boleh saya perkatakan ialah kami berharap dia dapat bermain dalam kejohanan ini,” katanya.

Mesir yang diundi dalam Kumpulan A turut bakal berdepan Arab Saudi dan Russia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here