'Salah laku 1MDB didakwa berlaku sebelum saya sertai syarikat' – Arul Kanda

0
417
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda, berkata salah laku dalam syarikat sudah berlaku sebelum beliau sertai syarikat itu pada Januari 2015.

Dalam kenyataan peribadinya hari ini, Arul Kanda berkata tujuan beliau menyertai syarikat itu juga adalah hanya untuk melakukan pelan rasionalisasi atas segala masalah yang sudah berlaku.

“Beberapa isu yang berlegar berkaitan 1MDB termasuk siapa yang bertanggungjawab dalam pelaburan awal serta pengurusan syarikat sudah dinyatakan pada 2015. Maklumat itu kemudian dikemaskini tidak hanya kepada pihak berkuasa dan penyiasat, malah kepada ahli lembaga pengarah dan pemegang kepentingan.

“Fokus saya hanya untuk melaksanakan pelan rasionalisasi syarikat,” katanya.

BACA: Kenyataan penuh Arul Kanda

Arul Kanda juga mendakwa sewaktu pertemuan beliau bersama Menteri Kewangan pada Rabu, beliau tidak mempunyai sebarang dokumen syarikat bersama beliau.

“Saya hanya menerangkan setakat mana yang saya ingat ketika itu. Pada pandangan saya, adalah tidak adil untuk menteri (Lim Guang Eng) mengeluarkan kenyataan yang tidak menggambarkan suasana sebenar sesi tersebut,” katanya.

Arul Kanda berkata beliau menolak sekeras-kerasnya kenyataan yang berbaur fitnah dan serangan peribadi oleh Guan Eng.

“Saya sudah mendapatkan khidmat nasihat perundangan,” katanya sambil menambah beliau akan terus komited untuk bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan 1MDB.

BACA: Pengarah sahkan 1MDB tidak mampu bayar hutangnya – Lim Guan Eng

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here