Salah laluan punca dua gerabak kereta api bertembung

0
80
Advertisement
SOUTH CAROLINA: Kereta api penumpang Amtrak berada pada laluan yang salah menyebabkan ia berlanggar dengan kereta api kargo.

Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara, Robert Sumwalt dalam kenyataan berkata gerabak Amtrak itu sepatutnya berjalan terus selepas melewati sebuah rel kereta api, namun telah dilencongkan ke laluan kereta api kargo menyebabkan ia bertembung dan mencederakan lebih 110 penumpang.

Nahas turut menyaksikan konduktor kereta api dan juruteranya terkorban.

BACA: Kereta api bertembung di South Carolina, dua maut, 50 cedera

Nahas keretapi itu turut menyebabkan konduktor keretapi serta juruteranya terkorban. Foto: AP

Kata Sumwalt, suis pada Amtrak telah dikunci untuk laluan yang sama iaitu prosedur biasa apabila jurutera kereta api secara manual mengalihkan laluan.

“Atas sebab apa pun, suis itu, seperti yang mereka katakan dalam industri kereta api, ‘berbaris dan terkunci’ yang pada asasnya bermaksud ia diselaraskan untuk laluan sama dan turun ke bawah untuk menukar laluan,” jelasnya dalam satu sidang media yang diadakan.

Bagaimanapun, siasatan akan teruskan bagi mencari punca perubahan kedudukan suis berkenaan.

Mengulas lanjut, Sumwalt berkata, kawalan kereta api yang baik akan dapat menghalang kemalangan seumpama ini daripada berulang.

Beliau merujuk kepada sistem brek keselamatan elektronik yang dipasang pada kereta api di negara itu menjelang akhir tahun ini.

“Sistem kawalan operasi yang mantap akan dapat mengelakkan kemalangan seperti ini dan itu tujuan sistem ini dibuat,” tambahnya lagi.

Sidang media oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara memaklumkan,gerabak Amtrak tersalah laluan menyebabkannnya bertembung dengan keretapi kargo. Foto: AP

Beliau turut memberitahu pasukannya ke Washington bagi meneliti semula rakaman video daripada kereta api Amtrak untuk mencari bukti kukuh punca nahas berkenaan berlaku.

Pihaknya dijangka memberitahu perkembangan terbaharu pada Selasa berhubung kemalangan tersebut.

Pasukan kecemasan berada di lokasi nahas bagi menjalankan operasi menyelamat mangs aterlibat. Foto: Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here