Salah tembak: Polis Pakistan siasat dakwaan suspek rogol, bunuh masih bebas

0
74
Advertisement
KASUR: Pihak berkuasa Pakistan akan menyiasat tuduhan yang mendakwa polis telah tersilap menembak mati seorang lelaki yang disyaki membunuh seorang kanak-kanak.

Polis telah menembak seorang bernama Mudasir, yang dituduh membunuh Iman Fatima, 5 tahun, pada Februari 2017, mengatakan dia sebelum itu cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, siasatan yang dijalankan pihak BBC Newsnight mendapati, pembunuh sebenar Iman didakwa masih bebas.

Selama setahun, Mudasir disangka sebagai suspek bunh dan rogol

Ujian DNA menunjukkan, Iman dibunuh oleh lelaki yang sama yang disyaki membunuh seorang kanak-kanak lain, Zainab Ansari, awal bulan ini di bandar ini.

Kes Zainab, kanak-kanak berusia enam tahun yang dirogol dan dibunuh, mencetuskan kemarahan dan protes di seluruh Pakistan.

Pasukan polis yang menyiasat kes Zainab mendapati, DNA yang dijumpai sepadan dengan tujuh lagi serangan membabitkan anak gadis di bandar sama.

Daripada tujuh mangsa itu, empat termasuk Iman, dibunuh.

Sebelum ini, polis dan keluarga Iman menganggap kes tersebut telah selesai, bagaimanapun, terkini, keluarganya mula percaya yang pembunuh sebenar masih bebas sementara Mudasir tidak bersalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here