Salur maklumat operasi SPAD, JPJ

0
59



Hulu Selangor: Beri amaran awal dan saling berkongsi maklumat melalui aplikasi WhatsApp jika melihat operasi dilakukan pihak berkuasa.

Ia taktik popular digunakan pemandu bas ekspres dan lori bagi mengelak diambil tindakan sebaik menyedari operasi had laju dilakukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lebuh raya.

Ini terbukti dalam operasi, kelmarin apabila jumlah kenderaan berat ditahan SPAD di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) Hulu Selangor,
di sini, berkurangan berbanding sebelum ini.

Kebanyakan pemandu bas ekspres dan lori yang memecut laju segera memperlahankan kenderaan dan berhenti berehat ketika melalui kawasan itu.

Mereka dikesan menyalurkan maklumat kepada pemandu lain menerusi aplikasi yang ada di telefon pintar masing-masing.

Ia menjadi kekangan utama pihak berkuasa termasuk SPAD mengesan kenderaan awam yang melakukan kesalahan memandu melebihi had laju ditetapkan.

Pengarah Penguat Kuasa SPAD Datuk Che Hasni Che Ahmad mengakui kehadiran pelbagai aplikasi menyebabkan maklumat operasi mudah bocor dengan pantas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here