Saluran Ramadan khas bertemakan 'Meriah Bersama' untuk penonton setia Astro

0
506
Advertisement

KUALA LUMPUR : Sempena menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak, Astro buat julung kali mengangkat tema ‘Meriah Bersama’.

Sebagai tanda penghargaan buat penonton setia Astro, satu saluran khas iaitu ‘Ramadan HD’ melalui saluran 122 boleh dinikmati secara percuma kepada semua pelanggan Astro mulai 12 Mei ini.

Menurut Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad, saluran khas ini bakal menyajikan pilihan program Ramadan dan Raya yang telah disusun berselang-seli tanpa henti merangkumi pelbagai genre berbeza.

Ia akan diteruskan sehingga musim perayaan menerusi saluran ‘Raya HD’ dari 14 Jun hingga 15 Julai ini.

“Ramadan tahun ini, kita hendak menyuntik isi kandungan rancangan yang lebih memberikan inspirasi kepada penonton.

“Bukan mudah untuk menyediakan sesuatu yang positif, tetapi ia adalah tanggungjawab kami sebagai penyiar untuk menyajikan program yang mempunyai mesej positif.

“Justeru, melalui program untuk bulan Ramadan ini, kami berharap penonton bukan sahaja dapat berhibur tetapi mempelajari sesuatu yang postif juga,” katanya selepas pelancaran kempen ‘Meriah Bersama Ramadan dan Raya 2018’ di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), di ibu negara, hari ini.

Dalam pada itu, menurut Penolong Naib Presiden Kumpulan Pemasaran Astro, Shahrin Zukir, tema ‘Meriah Bersama’ diangkat bertujuan untuk menyemai konsep kebersamaan dan kegirangan.

“Menerusi tema ini, kami ingin meraikan pelanggan kami yang telah bersama Astro lebih 20 tahun. Tema ini juga bersesuaian dengan konsep Raya yang membawa semangat kebersamaan sesama insan.

“Ia juga akan memupuk suasana yang lebih meriah dan harmoni sepanjang bulan Ramadan dan musim Raya tahun ini,” ujarnya.

Sebanyak 38 program menarik disediakan buat penonton termasuk ‘Legasi Luar Biasa’, ‘Trek Muslim’, ‘Diari Ramadan Neelofa’ dan ‘Sepahtu Reunion Al Puasa’.

Astro terus komited dalam usaha jangka panjang memberikan kandungan yang lebih berkualiti kepada penonton menerusi pendekatan 360 darjah iaitu tonton, dengar dan baca menerusi platform digtial.

Penonton boleh melayari pusat sehenti maya, www.meriahbersama.com.my untuk menonton dan mendapatkan informasi terkini mengenai program Astro sepanjang bulan Ramadan dan Raya ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here