Sambaran api sampah

0
15



Juru: Angkara api sampah di luar premis, empat kilang di Jalan Perusahaan Maju 8, Taman Pelangi, di sini, musnah dalam kebakaran jam 10.30 pagi semalam.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, kebakaran berpunca daripada api sampah berhampiran kilang sebelum ditiup angin kuat sehingga membakar sebahagian kilang.

Menurutnya, angin kuat menyebabkan api marak cepat dan keadaan menjadi panik sebelum beberapa orang awam menghubungi bomba.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Pulau Pinang, Penolong Pesuruhjaya Bomba Muhamad Shoki Hamzah berkata, ketika kejadian semua kilang tidak beroperasi kerana cuti umum.

Menurutnya, berdasarkan saksi yang juga pengawal keselamatan, api bermula dari luar sebelum merebak ke dalam kilang.

“Angin kuat menyebabkan api marak cepat dan memusnahkan enam bangunan, ditambah pula kilang itu membuat pinggan mangkuk daripada plastik dan kaca,” katanya.

Katanya, 56 pegawai dan anggota bomba bersama 19 jentera bertungkus-lumus memadam kebakaran dengan dibantu 181 anggota sukarela Persatuan Bomba Sukarela (PBS).

Mohamad Shoki berkata, bomba juga berdepan kesukaran memadam kebakaran kerana laluan ke kilang itu sempit serta menyukarkan jentera bomba masuk.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here