Sambutan luar jangkaan

0
36



Temerloh: Kira-kira 600 pengunjung tempatan dan luar menghadiri lokasi pertama Siri Penjelajahan Jom Masjid anjuran Media Prima Berhad (MPB) yang bermula di Masjid Baru Daerah Temerloh, di sini, kelmarin.

Setiausaha masjid berkenaan, Mohd Ismail Mohd Yusof berkata, jumlah pengunjung itu dikenal pasti selepas jumlah bubur lambuk yang diagihkan kepada orang ramai tidak mencukupi.

“Alhamdulillah, program sangat berjaya. Ini kita lihat dari segi sambutan daripada orang ramai yang tidak putus datang sepanjang seharian program diadakan.

“Malah, bubur lambuk yang disediakan 600 bekas tidak mencukupi,” katanya di sini, kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Mei 2017 @ 4:45 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here