Sampai 4 kali Ziana cakap "no comment!"

0
47
Advertisement

PENYANYI popular Ziana Zain masih enggan membuka mulut mengulas isu rumah tangganya yang dikatakan sedang retak menanti belah.

Ziana yang ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Rico Rinaldi malam tadi menolak dengan baik pelawaan media untuk ditemubual.

“Maaf, no comment,” katanya sambil tersenyum.

Ziana dilaporkan telah hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam pada 3 April lalu untuk memfailkan penceraian.

BACA: Ziana Zain fail cerai

BACA: Air mata Ziana Zain menitis sewaktu buat persembahan

BACA: ‘Jangan buat andaian sekiranya tidak alami apa saya lalui,’ luah Ziana Zain

Bagaimanapun, menurut sumber, suaminya, Armin Zaharin, 53, tidak bersetuju untuk melafazkan cerai dan meminta kes tersebut dibawa ke jawatan kuasa pendamai.

Dalam perkembangan sama, Mahkamah Majistret Shah Alam menangguhkan penyerahan dokumen dakwaan Armin mencederakan anak lelakinya pada 25 Februari lalu.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh baharu serahan dokumen.

Mengikut pertuduhan, Armin didakwa dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, di antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari lalu.

Armin ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lepas.

Pada 8 Mac lalu, mahkamah menerima permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi untuk meminda pertuduhan kepada Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Di bawah Seksyen 326A, Armin, 53, boleh dikenakan dua kali ganda tempoh maksimum atas sabitan kesalahan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 324, jika sabit kesalahan dia berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Armin dan Ziana bernikah pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Teks oleh: Amri Hassan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here