'Sangkut' pusing U depan Parlimen

0
18



Kuala Lumpur:Seorang pemandu lori panik apabila lori muatan logam aluminium dipandunya mengalami masalah brek dan melintang di hadapan pintu masuk Parlimen di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, kemalangan turut mengakibatkan kenderaan tidak dapat keluar dan memasuki bangunan Parlimen.

Ranger Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Zul-Atfi Abdul Wahid Amin berkata, pemandu lori berusia 30-an itu cuba untuk membuat pusing U di hadapan pintu pagar Parlimen sebelum mengalami masalah brek.

Akibatnya lori itu melanggar tembok dan pagar jejambat berhampiran pos kawalan polis di pintu utama Parlimen.

“Saya menerima maklumat kejadian itu pada jam 12.45 tengah hari sebelum segera menuju ke lokasi bersama seorang lagi Ranger Itis, Saiful Bahari.

“Setibanya di lokasi didapati lori berkenaan melintang dan menghalang laluan keluar dari Parlimen,” katanya.

Menurutnya, kren terpaksa digunakan bagi mengalihkan lori itu sebelum laluan kembali lancar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here