Santuni anak yatim di bulan mulia

0
24



Janda Baik: Bagi menyantuni golongan yang tidak bernasib baik terutama anak yatim, EZ Qurban tidak melepaskan peluang sempena bulan mulia dengan meraikan 50 anak yatim serta asnaf Badan Amal Nur Zaharah dalam satu majlis berbuka puasa, di sini, kelmarin.

Pengerusi EZ Qurban Azhar Ab Shukur berkata, walaupun kedatangan Ramadan baru minggu pertama, pihaknya tidak melepaskan peluang untuk meraikan golongan anak yatim dan asnaf, sekali gus membawa senyuman untuk anak kecil yang kurang bernasib baik itu.

Beliau berkata, program seperti itu adalah kaedah umum untuk syarikat miliknya menghulurkan bantuan kepada golongan itu, sekali gus dapat memberi pendedahan kepada warga EZ Qurban untuk menyantuni golongan yang kurang bernasib baik.

“Ini adalah platform yang baik untuk kakitangan EZ Qurban serta merasai pengalaman dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik terutama anak yatim. Program seperti ini juga akan memupuk keinsafan dalam diri setiap warga syarikat kami.

“Sepanjang 10 tahun kewujudan EZ Qurban, syarikat ini banyak menyantuni masyarakat kurang bernasib baik dan pelbagai program sudah dilaksanakan membabitkan negara rantau ASEAN serta benua Afrika. Konsep yang sama juga diterapkan dalam program seumpama ini,” katanya.

Pada masa sama, Pengurus EZ Qurban Sdn Bhd Muhammad Hafeez Firdaus Toharudin menjelaskan, sempena program itu, pihaknya menyerahkan beras fidyah berjumlah 110 kilogram dan wang sumbangan RM2,000 untuk meringankan beban rumah amal itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here