Satu lagi kes bateri iPhone 8 didakwa 'menggelembung' dilaporkan

0
64
Advertisement

BEIJING: Kes terbaharu dimana peranti iPhone didakwa terbuka akibat bateri yang ‘menggelembung’ telah dilaporkan oleh media milik kerajaan China, pasaran terbesar bagi telefon pintar.

Menurut laporan Reuters, Apple sedang menyiasat beberapa kes yang serupa di Taiwan dan Jepun dimana bateri untuk model iPhone 8 Plus yang baharu dilancarkan didakwa menggelembung dan menyebabkan peranti berkenaan terbuka.

Pada Khamis, portal ThePaper.cn milik kerajaan China menemuramah seorang pemilik iPhone 8 Plus yang dikenali sebagai Liu yang berkata beliau telah membeli peranti berkenaan pada 5 Oktober lepas.

Liu memberitahu portal berkenan bahawa beliau membeli peranti berkenaan dari sebuah laman web atas talian dan peranti berkenaan disedari dalam keadaan retak ketika membukanya.

Bagaimanapun peranti berkenaan kata Liu tidak menunjukkan sebarang tanda telah meletup.

Susulan itu beliau mengambil keputusan untuk tidak mengecas peranti berkenaan dan mengembalikannya kepada pihak penjual.

Seorang jurucakap syarikat Apple berkata kes berkenaan kini dalam siasatan namun enggan memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubung dakwaan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here