Saudara lelaki presiden Iran ditahan

0
19


HOSSEIN Fereydoun. – Foto AFP

TEHRAN: Saudara lelaki Presiden Hassan Rouhani, Hossein Fereydoun, ditangkap atas dakwaan jenayah kewangan.

“Pelbagai siasatan dibuat berhubung individu berkenaan, juga beberapa yang lagi turut disiasat, sebahagiannya sudah dipenjarakan.

“Semalam, ikat jamin dikeluarkan kepadanya tetapi disebabkan beliau gagal mendapatnya, Fereydoun dipenjarakan, ” kata Timbalan Ketua Kehakiman, Gholamhossein Mohseni Ejeie, dalam sidang akhbar menerusi televisyen.

Fereydoun ialah pembantu khas Rouhani.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here