'Saya akan tewaskan Oprah' – Trump

0
26
Advertisement

WASHINGTON: “Saya akan tewaskan Oprah”.

Itu reaksi pertama Presiden Donald Trump, selepas ditanya berhubung hasrat pengacara terkenal Oprah Winfrey mahu bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Trump yang mengenali Oprah secara peribadi berpendapat, wanita itu tidak akan bertanding jawatan nombor satu White House itu.

Trump juga yakin, beliau akan menewaskan Oprah.

“Ya, saya akan menewaskannya. Oprah adalah individu yang menyeronokkan. Saya mengenalinya dengan begitu rapat.

“Saya juga pernah muncul dalam episod-episod terakhir rancangan bual bicaranya.

“Saya sukakan Oprah, dan saya tidak yakin beliau akan bertanding, saya mengenalinya,” kata Trump pada satu sidang media di White House.

Spekulasi Oprah bertanding jawatan presiden mula tersebar, selepas beliau memberikan ucapan bersemangat ketika menerima anugerah Cecil B. DeMille dari penganjur Anugerah Golden Globe pada Isnin.

BACA: Oprah Winfrey bertanding presiden Amerika Syarikat?

BACA: Cenderamata cawan sokong Oprah Winfrey tanding presiden habis dijual

BACA: Oprah for president cetus reaksi bercampur di Twitter

Sumber memaklumkan Oprah dikatakan sedang ‘mempertimbangkan secara serius’ kemungkinan bertanding jawatan presiden pada pemilihan tahun 2020 nanti.

Sumber rapat kepada Oprah yang enggan dinamakan memaklumkan perkara itu kepada agensi berita CNN pada Isnin.

Menurut sumber itu lagi, ramai rakan dan sahabat rapat Oprah secara peribadi telah menggalakkan beliau untuk merebut jawatan nombor satu itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here