'Saya banyak kali kena ujian doping…'

0
199
Advertisement



SERENA Williams menuduh pihak berkuasa anti doping melakukan ‘diskriminasi’ terhadapnya susulan jumlah ujian doping secara rawak yang perlu diharunginya.

Pemenang 23 gelaran Grand Slam itu sebelum ini menggambarkan layanan yang diterimanya daripada Agensi Anti Doping Amerika Syarikat (USADA) sebagai mengejutkan berikutan jumlah ujian yang perlu diharunginya, tahun ini.

Serena, hari ini sekali lagi meluahkan kekesalannya selepas dia sekali lagi menerima kunjungan daripada pegawai badan berkenaan.

“…..dan tiba masanya hari ini untuk menjalani ujian dadah ‘secara rawak’ dan hanya menguji Serena,” kata bintang tenis itu dalam laman Twitternya.

“Daripada ramai pemain lain terbukti saya paling banyak kali diuji. Diskriminasi? Saya fikir ya. Sekurang-kurangnya saya mengekalkan ‘kebersihan’ sukan ini.”

Laporan yang disiarkan oleh laman web Deadspin pada bulan lalu mendedahkan Serena sudah pun diuji lima kali pada 2018 manakala kebanyakan pemain Amerika Syarikat lain hanya diuji sekali atau langsung tidak diuji.

Serena yang melahirkan anak perempuannya, Olympia 10 bulan lalu sedang bekerja keras untuk kembali ke prestasi terbaik dan mara ke final sejak kembali ke ranking 30 terbaik dunia, bulan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here