'Saya bimbang dihalau keluar'

0
31



Pelabuhan Klang: “Jika diarahkan keluar dari sini secara baik, saya akan keluar,” kata Eduar Kadir, 60, yang tinggal bersama 16 ahli keluarganya di pondok yang dibina di bawah jambatan Jalan Kem, di sini.

Eduar mengakui sepanjang tinggal di situ, dia sentiasa dalam keadaan ketakutan kerana bimbang pondok yang dibinanya itu dirobohkan.

“Sepanjang tinggal di sini, tiada penjenayah yang datang cuma kami takut pondok ini dirobohkan.

“Saya sangat terharu atas rezeki diterima pada Ramadan ini, hanya Allah SWT dapat membalas budi dan jasa mereka yang banyak membantu saya,” katanya yang menerima pelbagai sumbangan daripada pelbagai pihak selepas kisahnya dilaporkan Metro Ahad.

Selain dikunjungi pelbagai pihak, Eduar turut menerima bantuan barangan keperluan serta wang tunai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here