Saya bukan 'pembantu' Hamilton

0
158
Advertisement



BUDAPEST, Hungary: Pemandu Mercedes, Valtteri Bottas berkata dia berlumba untuk menang dan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menjadi ‘pembantu’ kepada rakan sepasukannya Lewis Hamilton.

Pelumba kelahiran Finland itu bersaing sengit dengan Hamilton bagi memburu kemenangan Grand Prix (GP) Jerman minggu lalu sebelum Mercedes mengeluarkan arahan kepadanya agar ‘mempertahankan kedudukan.’

Menjelang perlumbaan Formula Satu GP Hungary, hujung minggu ini, pelumba berusia 28 tahun itu menegaskan pasukannya tidak mengubah polisi mereka justeru dia bebas untuk bersaing merebut kemenangan.

“Jelas, ia sentiasa berlaku mengikut kes dan juga kes, tetapi tiada sebarang rancangan ketika ini bagi saya untuk memainkan peranan sebagai pelumba sokongan,” kata Bottas.

“Kami masih lagi menerima layanan sama rata dan itulah rancangannya ketika ini dan berharap ia akan berterusan sehingga penghujung tahun.

“Dengan segala kesukaran yang kami peroleh dalam tiga perlumbaan berturut-turut ini, kami kehilangan begitu banyak mata disebabkan oleh pelbagai punca, jadi saya mengetahui apa keputusan pasukan.

“Kami bersaing beriringan dan mereka mahukan kesemua mata berkenaan. Saya yakin mereka juga akan melakukan perkara yang sama jika saya sedang memimpin perlumbaan ketika itu.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here