Saya cuci tandas untuk tambah pendapatan – Datuk Fazley

0
31

CEF selebriti terkenal tanah air, Datuk Fazley Yaakob mengakui pernah bekerja sebagai pencuci tandas dan pencuci pinggan di sebuah restoran India ketika belajar di New Zealand.

Menurut Fazley, dia melakukan pekerjaan itu untuk menjana pendapatan sampingan selain mendapatkan duit poket bagi membayar pengajian ketika berada di sana.

“Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya ketika berusia 18 tahun, saya pernah bekerja separuh masa sebagai pencuci tandas di sebuah restoran India.

“Perkara itu dilakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan sebelum saya dinaikkan pangkat menjadi pencuci pinggan, gaji ketika itu 10 dolar sejam dan sehari saya bekerja selama lapan jam.

“Dari situ saya belajar memasak dan mengenali rempah-rempah. Kadang-kadang kalau cef tiada saya yang kena masak makanan kepada pelanggan.

“Bermula dari situ minat memasak saya datang sebelum saya bertekad ingin fokus terhadap bidang ini dan mencari pelbagai rujukan yang boleh dijadikan panduan untuk bergelar seorang cef,” katanya kepada Astro Gempak.

Fazley berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Portal Membeli-belah Jaya Grocer, di Starling Mall, Damansara Uptown, baru-baru ini.

Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here