Saya ditendang sampai jatuh longkang – Sherry Alhadad cerita pengalaman dibuli kerana gemuk

0
30
Advertisement

PENGACARA dan pelakon Sherry Alhadad menceritakan pengalamannya dibuli kerana penampilan fizikal.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram milik Sherry, pengacara rancangan Rockanova itu mengenang kembali memori yang dilaluinya di zaman persekolahan.

“Love just the way you are.. Dari kecik dulu saya selalu kena ejek dengan perkataan GEMUK.

“Saya kena buli masa sekolah rendah, pernah saya jalan kaki ke sekolah saya ditendang sampai jatuh longkang dan saya tak ada buat apa-apa salah pun dengan dia.

“Diskriminasi ada di mana-mana, tapi jangan jadikan itu alasan untuk terus lemah.. Be yourself be fabulous be true be positive and paling penting love yourself,” tulis Sherry.

Entri Sherry mendapat perhatian insan yang melalui nasib serupa dengan dirinya.

“I feel you too, I pun plus size. But yang penting sayang diri kita sendiri and be yourself,” tulis pengguna bernama @eoforhildkassandra.

“Sama kak Sherry, saya masa sekolah pernah kena pulau pastu diejek badak… Tak buat salah apa pun… We are strong,” tulis @norhadaniah_sayed.

“Betul… Orang pandang rendah pada orang gemuk… Saya pun gemuk juga. Mereka fikir orang gemuk ni tak reti buat kerja, lembab, macam-macamlah… Sakit hati ni bila dikenang kembali.. Must remember, everyone is good at something,” tulis @hazrina_zainal.

Sherry kini sedang sibuk dengan tugasnya sebagai pengacara rancangan Muzik Muzik 33 dan The Sherry Show & Friends.

Dalam perkembangan lain, Sherry bakal muncul dalam pementasan Lawak Ke Der 2018 yang bakal berlangsung pada 29 sehingga 31 Mac ini sebagai pengacara bersama Shuk SYJ.

Lawak Ke Der 2018 dimeriahkan dengan penampilan Datuk Afdlin Shauki, Shiro, Gurmit Singh dan penampilan istimewa, Datuk Zainal Abidin.

Harga tiket untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 2018 bermula dari RM58 ke RM208 dan boleh didapati menerusi laman web airasiaredtix.com.

Diskaun sebanyak 15 peratus diberikan kepada warga emas dan pelajar.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Sherry

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here