Saya hanya akan bercakap berdasarkan fakta, bukan emosi – Hafiz Hamidun

0
12

PENYANYI Hafiz Hamidun tampil membuat kenyataan di laman sosial Instagramnya tentang tuntutan isterinya, Joy Revfa yang memfailkan permohonan faraq nikah untuk membubarkan perkahwinan mereka, pagi semalam.

Menerusi entri yang dimuat naik Hafiz kira-kira pukul 10 malam tadi (Isnin), dia memohon maaf sekiranya membuat ramai orang ternanti-nanti kenyataan balas daripadanya mengenai perkara tersebut.

“Steady. Biar apa orang nak kata, saya hanya akan bercakap berdasarkan Fakta bukannya emosi. Maaf jika ramai yang menanti statement balas daripada saya. InsyaAllah akan saya buat satu kenyataan ringkas esok tengahari.”

Sementara itu pada ruangan komen entri tersebut sudah mula dihujani pelbagai reaksi daripada netizen.

@hidayahfaisol: Steadyla @hafizhamidun … InshaAllah Allah mudahkan…org tak tau apa-apa yang nak menilai..hiraukan mereka…Sbb kita manusia takkan dpt puaskan hati semua… So…semoga dipermudahkan…Amin

@shiksmore: kenapa la boleh ragu-ragu? bukankah tu bisikan syaitan? kenapa la boleh abaikan isteri macam tu sedih saya dengar pasal ni..

@injectwhitestemcell: @hafizhamidun tak elok juga awk bercakap tentang pihak sana “bercakap dalam keadaan emosi”.. sebab emosi tu sebahagian dari sifat fitrah manusia lebih2-lebih lagi wanita. Just respecting her as her should be..Walaupun dia seakan ada “me-negatifkan” awak, maafkan sahaja. Awakkan lebih panjang akalnya daripada seorang wanita.

@sharifahnorita: @hafizhamidun saya sgt sedih dgn apa yg berlaku. Harap sgt ada kematangan dalam urusan ini dgn kesudahan yg baik. Doa saya moga Allah tunjukkan jalan antara awak berdua kerana saya antara org yg sgt gembira waktu pernikahan tempoh hari.

@mencaricintahakiki: @hafizhamidun wanita diuji dgn hati dan perasaan … memang ada emosi … huhu .. rasanya baik awak muhasabah diri … jangan tinggalkan @joyrevfa terkontang kanting… dia pun baru hijrah..banyak yg dia tak tahu… dia sedia dibimbing… jika awak sygkan dia lagi apa pun yg terjadi cuba jadi suami yg terbaek nanti.awak dah baik cuma mungkin awak belum matang.maaf sbb sy tahu sbb saya wanita yg pernah berpisah juga.dan alhamdulillah perkahwinan kedua saya Allah bagi apa yg saya tak dpt pada perkahwinan pertama.

Siti Arifah Amin, 30, atau Joy Revfa menyerahkan saman dan penyata tuntutan terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya, pada Isnin.

Joy yang diwakili peguam syarie, Muhammad Nur Hafiz Roslan hadir ke mahkamah ditemani ibu dan kakaknya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here