'Saya ingat taman biasa'

0
73



Johor Bahru: “Saya baru sampai (tiba) dari Kota Kinabalu (Sabah) dan tidak tahu selok-belok di sini. Saya ingatkan taman biasa,” kata penganggur, Rosman Jasman, 35, dalam rayuan peringanan hukuman di depan Majistret Noor Aisyah Ahmad, semalam.

Rosman mengemukakan rayuan berkenaan selepas mengaku salah terhadap pertuduhan menceroboh masuk ke kawasan Istana Bukit Serene di sini, jam 7.25 petang, 17 April lalu.

Dia dituduh melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang tanpa kebenaran selepas kes membabitkan dirinya itu didengar pertama kali di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Noor Aisyah dalam keputusannya mengenakan hukuman tiga bulan penjara terhadap tertuduh bermula dari tarikh tangkapan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here