'Saya kembali selepas 6 tahun…'

0
241
Advertisement



PENGALAMAN dalam sukan dan bidang korporat bakal menjadi nilai tambah buat Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Michael Ramalingam dalam misi memacu bola sepak negara dan badan induk itu ke tahap tertinggi.

Bekas Naib Presiden Dentsu Sports Asia yang juga adik kepada Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam itu dilantik oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin semalam.

Stuart berkata, pelantikannya itu adalah satu tanggungjawab besar dan tempoh seminggu ini bakal menjadi detik penting buatnya menilai secara terperinci dan langkah yang perlu dilakukan dalam meningkatkan pentadbiran serta pengurusan badan induk itu.

“Bagi saya, ia tidak ubah seperti ‘pulang ke tempat asal’. Saya bangga untuk kembali selepas enam tahun namun saya tahu harapan tinggi diletakkan kepada saya

“Selain pengetahuan dalam bola sepak, saya rasa pengalaman empat tahun saya dalam arena korporat adalah satu nilai tambah. Kalau hanya dalam aspek sukan saja mungkin susah juga. 

“Demi kebaikan, saya rasa aspek korporat boleh dibawa masuk,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, hari ini.

Dalam bidang sukan, pengalaman Stuart tidak boleh dipertikaikan lagi ketika beliau turut pernah bertugas dalam Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Dalam tempoh dua atau tiga hari ini, saya akan jelaskan kepada media. Saya akan jelaskan agenda, misi dan paling penting adalah manifesto presiden,” katanya yang pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Liga Super Malaysia (MSL) pada 2010.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here