"Saya lihat mayat terlentang di tengah lebuh raya NKVE" – Loque Butterfingers

0
50
Advertisement

PEMAIN gitar kumpulan Butterfingers, Loque berkongsi pengalaman ngeri melihat mayat dalam satu kemalangan maut di tengah lebuh raya NKVE.
 
Jelasnya, dia ketika itu terbabit dalam program terbaru arahan Bront Palarae berjudul Caraoke Drift terbitan Iflix.
 
Apa yang turut menarik perhatian netizen di media sosial adalah Loque berdepan cabaran pertama kali menyanyi sambil membawa kereta pada kelajuan 200 kilometer sejam.
“Saja nak kongsi cerita lagi ngeri, sebelum sampai destinasi drift, telah terjadi satu kemalangan maut.
 
“Saya melihat mayat terlentang di tengah2 lebuhraya #NKVE. Maksud sbenar, Pusara di Lebuh Raya.
 
“Saya yakin setiap yang lalu petang pasti sangat dan insaf, especially bro2 sado yang marah2 maki2 sebab sangkut lebih sejam!,” katanya menerusi status di Instagram akaunnya.
 
Meskipun berdepan pengalaman ngeri itu, dia tetap tenang melakukan aksi driftnya untuk program tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here