Saya mahu Piala Dunia – Mbappe

0
216
Advertisement



SAINT PETERSBURG, Russia: Selepas menyinar membantu Perancis menempah tiket ke final Piala Dunia, pemain remaja Kylian Mbappe menegaskan dia hanya mahukan Piala Dunia dan tidak berminat anugerah individu seperti Ballon d’Or.

Perancis tidak pernah menjulang Piala Dunia sejak 1998 di laman sendiri dengan Mbappe antara dijangka menjadi pemenang Golden Ball (pemain terbaik kejohanan) kerana persembahannya.

Pemain berusia 19 tahun berkenaan turut dilabel sebagai pencabar untuk Ballon d’Or, mengikut jejak Pele menjadi pemain remaja pertama meledak lebih satu gol di Piala Dunia.

Penyerang Paris Saint-Germain berkenaan, bagaimanapun fokus kepada Piala Dunia dengan Perancis mengintai peluang menebus kekalahan final di Euro 2016 kepada Portugal.

“Ia sukar digambarkan. Ia adalah impian, masa depan dan semuanya. Saya tidak boleh berkata-kata,” katanya.

“Malah saya tidak mampu bayangkannya. Namun ia masih memerlukan satu langkah lagi.

“Apabila anda berusaha bersungguh-sungguh, anda akan mendapat ganjaran. Selagi saya mampu membantu pasukan, ia menjadi keutamaan.

“Saya tidak fikir tentang Ballon d’Or, saya mahu Piala Dunia.”

 

Senarai pemenang Golden Ball:

2014: Lionel Messi

2010: Diego Forlan

2006: Zinedine Zidane

2002: Oliver Kahn

1998: Ronaldo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here