Saya mahu 'pulang' ke Juventus…

0
190
Advertisement



LEONARDO mengesahkan bahawa Leonardo Bonucci mahu kembali ke pangkuan Juventus selepas hanya semusim menyertai AC Milan.

Leonardo diperkenalkan secara rasmi sebagai pengurus besar Rossoneri hari ini, namun topik tumpuan dan soalan lebih terarah terhadap kebimbangan mengenai hasrat Bonucci untuk pulang ke Turin.

“Saya belum bercakap dengan mereka,” kata Leonardo kepada pemberita selepas ditanya mengenai keinginan Juventus untuk mendapatkan semula Bonucci.

“Kami sedikit lambat untuk memasuki pasaran perpindahan, jadi kami terpaksa menangguhkan beberapa perkara.

“Malah, kami juga terikat dengan peraturan kewangan adil, ia tidak akan menjadi jendela perpindahan yang gila. Kami mahu cuba menjadi bijak.

“Situasi ini perlu bermula daripada keinginan dinyatakan Bonucci, kemudiannya baharu kami akan melihat sama ia boleh dicapai atau tidak. Ia datang daripada cetusan ideanya.

“Ia satu perkara yang biasa untuk pemain menyatakan hasrat mereka. Pemain bukan saja meminta untuk berpindah, tetapi juga mereka perlu memikirkan soal projek dan objektif pasukan.” – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here