"Saya nak semua girl" – Jimmy Shanley timang anak ketiga

0
18
Advertisement

Pengacara Jimmy Shanley mendedahkan dia baru menimang cahaya mata ketiga sebulan lalu.

Kata Jimmy, bayi perempuan kedua yang dilahirkan menerusi perkahwinan keduanya itu dalam keadaan sihat dan diberi nama Lisa Shanley.

“Alhamdulillah anak dan isteri saya sihat dan ini anak kedua saya dengan Mariam.

“Bertambah lagi seorang anak perempuan saya, sebenarnya kalau boleh saya mahukan semua anak perempuan.

“Semoga semuanya berjalan lancar sepanjang tahun ini,” katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi perkahwinan dengan Mariam Jamilah Abdul Jalil, Jimmy dikurniakan cahaya mata sulung, Hannah Shanley, 3 tahun.

Manakala, Jimmy yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy pada 2010 memiliki seorang cahaya mata perempuan, Zahrah Rania Shanley, 7 tahun.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @jimmyshanley, @mirulgeneration, Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here