"Saya penyelamat Aishwarya Rai dari kerakusan seks Harvey," bekas pengurus

0
194
Advertisement

BEKAS pengurus Aishwarya Rai, Simone Sheffield percaya bintang Bollywood itu akan menjadi mangsa gangguan seksual penerbit, Harvey Weinstein sekiranya beliau meninggalkan aktres tersebut berdua-duaan dengan Harvey kira-kira 15 tahun lalu.

Simone yang merupakan pemilik Canyon Entertainment dipetik menerusi beberapa laporan mendakwa Harvey cuba mencari peluang untuk berdua-duaan dengan Aishwarya serta mengarahkannya meninggalkan mereka berdua berulang kali.

“Harvey bagaikan pembuli yang berperwatakan binatang. Beliau (Harvey) beberapa kali meminta saya untuk meninggalkan mesyuarat untuk berdua-duaan dengan Aishwarya tetapi saya menolaknya dengan sopan selain melindungi aktres tersebut.

“Harvey juga pernah bertanyakan saya bagaimana hendak bertemu Aishwarya secara bersendirian,” katanya dipetik menerusi portal Dailymail UK.

Tindakan tidak bermoral Harvey tersebar apabila dia didakwa melakukan gangguan seksual ke atas bintang-bintang terkenal Hollywood seperti Angelina Jolie.

Aktres Angelina dan Gwyneth Paltrow mendedahkan mereka antara selebriti yang pernah menjadi mangsa serangan seksual Harvey ketika kedua-duanya berada di awal pembabitan bidang seni.

BBC melaporkan, pendedahan tersebut dibuat ketika beberapa aktres Hollywood serta kakitangan syarikat milik Harvey tampil membuat laporan mengenai perbuatan terkutuk penerbit itu sebelum ini.

Dalam pada itu, Simone yang dipetik menggesa lebih ramai mangsa wanita tampil mendedahkan perbuatan tidak bermoral Harvey agar beliau dikenakan hukuman setimpal.

“Lindungi satu sama lain, saling menyokong satu sama lain. Saling menyayangi,” ujar Simon.

Netizen di Twitter bersyukur atas tindakan Simone melindungi aktres tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here