Saya rasa janggal ajar Siti Nordiana – Ernie Zakri

0
57
Advertisement

PENYANYI Ernie Zakri mengimbas kembali pengalaman ketika mula-mula bergelar guru vokal kepada Siti Nordiana.

Menurut Ernie, wujud rasa janggal apabila dirinya berhadapan dengan penyanyi yang mesra disapa Nana itu.

“Pada mulanya, saya rasa janggal mengajar vokal Nana. Semuanya kerana kedudukan Nana sebagai seorang artis senior.

“Namun begitu, saya bersyukur kerana saya dapat mengajar rakan artis yang memahami dan merendah diri.

“Perkara itu membuatkan pembelajaran menjadi mudah kerana kami boleh sama-sama berkongsi ilmu,” kata Ernie.

Turut bergelar guru vokal kepada penyanyi lain seperti Siti Sarah dan Amira Othman, Ernie lebih mementingkan aspek teknikal.

“Saya mengajar lebih kepada aspek teknikal dalam bidang nyanyian. Gaya nyanyian mereka saya tak ubah dan saya hanya memantau sama ada teknik mereka betul atau salah,” kata Ernie lagi.

Ernie merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda jurusan Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor dan sedang menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana Muzik di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sumber: HLive
Foto: Instagram Ernie & Nana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here