Saya sedia bawa watak The Pocket Rocketman – Shaheizy Sam

0
116
Advertisement

KUALA LUMPUR: “Saya teruja ingin melakonkan watak jaguh keirin dunia itu.”

Itu merupakan respon Shaheizy Sam susulan hasrat Azizulhasni Awang yang menginginkan beliau untuk membawa watak The Pocket Rocketman dalam filem biopiknya.

Jelas pelakon Polis Evo itu lagi, beliau sememangnya meminati dan gemar melakonkan watak yang mempunyai kisah perjuangan.

“Saya memang teringin untuk melakonkan watak bagi filem bercorak biografi dan setakat ini saya belum pernah lakukannya.

“Jika diberi peluang, saya akan cuba menjiwai watak dan mahu mengenali secara rapat Azizul terlebih dahulu agar berjaya melakonkan watak dengan baik,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI melalui khidmat pesanan ringkas.

Shaheizy yang juga berlakon dalam filem Songlap itu berkata, beliau baru sahaja selesai pengambaran Polis Evo 2 dan buat masa ini, beliau tidak terikat dengan mana-mana pengambaran filem.

Terdahulu, suka duka perjalanan atlet yang diberi gelaran The Pocket Rocketman ini bakal diadaptasikan dalam bentuk filem bercorak biografi atau biopik tidak lama lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here