'Saya sedia beraksi, jika diizin tuhan'

0
224
Advertisement



BINTANG Liverpool, Mohamed Salah sekali lagi tidak menyertai latihan bersama Mesir hari ini selepas pasukan utara Afrika itu tiba di Grozny menjelang Piala Dunia di Russia.

Sedang menjalani pemulihan di bahu dialami pada final Liga Juara-Juara – ketika Liverpool tewas 1-3 kepada Real Madrid – Salah turun ke padang di Grozny sambil ditemani Presiden Chechen, Ramzan Kadyrov untuk menemui peminat yang menantikan Pemain Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris itu.

Salah berdepan kekangan masa untuk kembali cergas dan mengetuai cabaran Mesir di Russia sejak mengalami kecederaan apabila berebut dengan Sergio Ramos pada 26 Mei.

Selepas tiba dari Kaherah, pemain Mesir dan jurulatih dari Argentina, Hector Cuper membuat pemeriksaan di Stadium Akhmat-Arena dekat Republik Chechen, Russia.

Skuad berkenaan dijangka bersedia mengharungi Piala Dunia pertama Jumaat ini berdepan Uruguay di Ekaterinburg.

“Saya gembira. Jika diizinkan tuhan saya bersedia sepenuhnya dan semuanya berjalan baik dan moral saya sangat tinggi,” kata Salah kepada AFP.

“Saya tidak boleh cakap apa yang kami akan capai, tetapi cita-cita pemain amat tinggi dan saya harap kami akan mendapat keputusan yang bagus.”

Di stadium, sebahagian pelajar perubatan Mesir yang tinggal di Grozny adalah antara 8,000 peminat yang hadir untuk melihat Salah, yang pasti menjadi seorang daripada pencabar utama merebut gelaran Ballon d’Or tahun ini bersama pemain Argentina, Lionel Messi, wakil Portugal, Cristiano Ronaldo dan bintang Brazil, Neymar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here