'Saya tak akan berlumba lagi…'

0
362
Advertisement



PARIS: Naib juara tiga kali Kejuaraan MotoGP Dunia dari Sepanyol, Dani Pedrosa hari ini mengumumkan akan bersara pada akhir musim ini.

Penunggang Honda berusia 32 tahun itu yang memenangi kategori 125cc pada 2003 dan 250cc pada 2004 dan 2005 ketika ini menduduki tangga ke-12 dalam senarai pelumba MotoGP menjelang perlumbaan di Sachsenring, Jerman minggu ini.

Pedrosa antara pelumba paling berjaya sepanjang zaman apabila muncul pelumba ketiga terbanyak menaiki podium dengan 54 kemenangan dalam tempoh 18 tahun kariernya.

Pedrosa dimaklumkan Jun lalu tempatnya di Honda musim depan bakal digantikan dengan Jorge Lorenzo dari Ducati.

“Tahun depan saya tidak akan bertanding lagi dalam kejohanan ini, saya akan menamatkan karier saya dalam MotoGP dalam musim ini,” kata Pedrosa.

“Keputusan ini sudah dalam saya fikirkan secara mendalam dan ia keputusan berat kerana ini adalah sukan yang saya sukai namun meskipun memiliki peluang untuk terus berlumba, saya fikir saya tidak boleh berlumba lagi pada tahap sama seperti sebelum ini dan sekarang ada perkara lain yang lebih penting dalam hidup saya.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here